Kerjaya kelab Kylian Mbappé

AS Bondy

2004–2013: Awal kerjaya

"Dia mempunyai teknik dan visi dalam permainan yang tidak dimiliki oleh kebanyakan anak. Dia seperti mempunyai mata di belakang kepalanya. Dia tahu bagaimana menjangka ke mana bola akan pergi. Di sini, dia tidak pernah bermain untuk kumpulan usia yang sesuai, dia selalu bermain dengan anak-anak yang lebih tua dari dia."

—Atmane Airouche, presiden AS Bondy, mengenai Mbappé semasa kecil.[4]

Mbappé memulakan kerjayanya di kelab AS Bondy yang dilatih oleh ayahnya, Wilfrid. Seorang lagi pelatih mudanya di AS Bondy, Antonio Riccardi, menyatakan,

Kali pertama saya melatihnya adalah ketika dia berusia enam tahun. Anda boleh tahu dia berbeza. Kylian boleh melakukan lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Menggeleceknya sangat hebat dan dia jauh lebih pantas daripada yang lain. Dia adalah pemain terbaik yang pernah saya lihat dalam tempoh 15 tahun latihannya di sini. Di Paris, ada banyak bakat tetapi saya tidak pernah melihat bakat seperti dia. Dia adalah apa yang kita sebut sebagai 'Terbaik' (yang terbaik).[5]

Mbappé pindah ke akademi Clairefontaine, dengan membuat penampilan hebat yang menarik minat banyak kelab Perancis, Real Madrid, Chelsea, Liverpool, Manchester City dan Bayern Munich untuk berusaha menandatanganinya. Mbappé juga pernah pergi ke London untuk membuat percubaan bermain bersama Chelsea ketika berusia 11 tahun. Beliau bermain untuk pasukan muda Chelsea menentang Charlton Athletic. Namun, beliau akhirnya menetap di Monaco.

Monaco

2015–16: Pembangunan kerjaya

Pada 2 Disember 2015, Mbappé telah membuat penampilan pertamanya bersama skuad senior menentang SM Caen dengan keputusan seri 1-1 dalam kempen Ligue 1. Penampilan pertamanya ketika menggantikan Fábio Coentrão selepas 88 minit. Oleh itu, beliau menjadi pemain termuda dalam pasukan utama di kelab Monaco ketika berusia 16 tahun dan 347 hari dan sekaligus memecahkan rekod Thierry Henry yang ketika itu berusia 21 tahun.

Pada 20 Februari 2016, Mbappe menjaringkan gol pertamanya buat skuad utama Monaco dengan kemenangan 3-1 ke atas Troyes ketika berusia 17 tahun dan 62 hari, serta menjadi pencetak gol pasukan termuda pertama di Ligue 1. Beliau juga menjadi pencetak gol pertama pasukan termuda dalam sejarah Monaco dan sekali lagi melepasi rekod Thierry Henry sebagai pencetak gol termuda. Pada 6 Mac 2016, Mbappé menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Monaco dengan perjanjian kontrak selama tiga tahun. Dalam wawancara dengan CNN, Vadim Vasilyev, naib presiden AS Monaco, yang memainkan peranan penting semasa Mbappé menandatangani kontrak profesional pertamanya dengan kelab Ligue 1. Beliau menyatakan bahawa dia tahu sejak awal bahawa Mbappé adalah "fenomena."

2016–17: Kejayaan dan kejuaraan liga bersama Monaco

Mbappé melakukan pemanasan untuk Monaco pada tahun 2017

Pada 14 Disember 2016, dalam peringkat pusingan 16 kejohanan Coupe de la Ligue menyaksikan Mbappé telah menghasilkan hatrik pertamanya bersama pasukan senior Monaco dengan kemenangan besar 7-0 ke atas Stade Rennais. Mbappé menjaringkan hatrik tersebut sejak terakhir dilihat telah dilakukan oleh Sonny Anderson pada tahun 1997. Pada 11 Februari 2017, Mbappé juga menjaringkan hatrik pertama dalam kempen Ligue 1 dengan kemenangan 5-0 ke atas Metz; pada usia 18 tahun dua bulan, beliau menjadi pemain termuda yang menjaringkan hatrik Ligue 1 sejak Jérémy Ménez melakukannya untuk FC Sochaux-Montbéliard pada tahun 2005.

Pada 21 Februari, Mbappé menjaringkan gol kedua Monaco pada minit ke-40 dengan sepakan voli setelah menerima bola panjang daripada Fabinho (Gol pertamanya di Liga Juara-Juara UEFA dan Mbappé menjadi pemain termuda Perancis yang kedua sebagai penjaring dalam sejarah Liga Juara-Juara UEFA sejak Karim Benzema menjadi pemain termuda melakukannya) dalam pusingan 16 pusingan pertama Liga Juara-Juara UEFA menentang Manchester City, yang mana Monaco tewas 5–3. Pada 5 Mac, Mbappé menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama dengan kemenangan 4-0 menentang FC Nantes. Pada 11 Mac, jaringkan gol yang dihasilkan Mbappé memberi kemenangan tipis 2-1 ke atas FC Girondins de Bordeaux untuk mencatatkan gol ketujuhnya di Ligue 1 dalam empat permulaan terakhirnya.

Dalam peringkat pusingan 16 kalah mati di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, beliau menghasilkan jaraingan 1-0 buat Monaco pada minit ke-8 (gol ke-11 dalam 11 perlawanan terakhirnya dalam semua pertandingan) untuk membantu Monaco mengalahkan Manchester City 3-1 (keputusan agregat 6-6) dan mara ke suku akhir berdasarkan peraturan gol tandang. Pada suku akhir menentang Borussia Dortmund, Mbappé menjaringkan sepakan penalti dan menjaringkan dua gol ketika Monaco memenangi perlawanan tandang dengan keputusan 3-2. Pada perlawanan kedua, Mbappé membuka jaringan ketika Monaco menang 3-1 dan mara ke separuh akhir. Namun, perlawanan di peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah menyaksikan Monaco disingkirkan oleh Juventus dengan keputusan agregat 4-1, dengan Mbappé menjaringkan gol tunggal Monaco di perlawanan kedua. Mbappé mengakhiri musim 2016-17 dengan menjaringkan 26 gol daripada 44 perlawanan di semua pertandingan ketika Monaco memenangi gelaran Ligue 1.

Paris Saint-Germain

2017–19: Musim pertama bersama Paris Saint-Germain

Pada 31 Ogos 2017, Paris Saint-Germain mengumumkan bahawa Mbappé dari Monaco telah ditandatangani secara pinjaman. Bayaran yang diperlukan untuk perpindahan penuh seterusnya ditetapkan pada €145 juta yang dikhabarkan ditambah €35 juta sebagai tambahan dan sekaligus menjadikannya remaja paling mahal yang pernah ada. Pemindahan Mbappé juga merupakan salah satu pemain paling mahal yang pernah ada dalam liga domestik, dan menjadi pemain kedua termahal sejak rakan sepasukan Neymar yang berpindah dari Barcelona ke Paris Saint-Germain.

Pada 8 September, Mbappé menjaringkan gol pertamanya buat Paris Saint-Germain dengan kemenangan 5-1 menentang Metz, di mana Benoît Assou-Ekotto dilayangkan kad merah kerana mengasari beliau. Empat hari kemudian, Mbappé juga mencatatkan gol pertamanya buat Paris Saint-Germain di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dengan keputusan 5-0 mengalahkan Celtic. Beliau juga membantu Paris Saint-Germain mengatasi Bayern Munich dengan kemenangan 3-0 dalam perlawanan kumpulan kedua Liga Juara-Juara Eropah, di mana beliau memberi bantuan kepada Edinson Cavani dan Neymar untuk menjaringkan gol. Pada 6 Disember, Mbappé menjaringkan gol ke-10 di Liga Juara-Juara Eropah yang menyaksikan kekalahan 3-1 kepada Bayern Munich dan beliau menjadi pemain termuda yang mencapai tahap tersebut pada usia 18 tahun dan 11 bulan. Setelah memenangi kejuaraan liga pertamanya bersama Paris Saint-Germain, Mbappé sekali lagi membantu Paris Saint-Germain dengan kemenangan 2-0 menentang Les Herbiers VF untuk memenangi Coupe de France 2017-18.

Pada bulan Julai 2018, Mbappé diberi jersi nombor 7 untuk musim yang akan datang bersama PSG dengan mengambil nombor jersi skuad yang dikosongkan oleh Lucas Moura. Dengan menggunakan hashtag #K7LIAN, Mbappé menyatakan, "Saya terus berusaha untuk maju di atas padang dan saya fikir ini adalah masa yang tepat untuk menukar nombor. Baju No.7 juga adalah jersi legenda dan banyak orang hebat yang telah memakainya. Saya harap akan dapat melakukan lebih baik."

Mbappé semasa perlawanan pra-musim menentang Dynamo Dresden pada tahun 2019

Pada penampilan pertamanya dalam kempen baru Ligue 1, Mbappé menjaringkan dua gol dalam 10 minit terakhir ketika PSG menang 3-1 menentang Guingamp. Dalam perlawanan liga berikutnya, tiga pemain depan Mbappé, Cavani dan Neymar semuanya menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Angers di tempat sendiri, dengan Mbappé menjaringkan gol tendangan voli dan membantu Neymar untuk menjaringkan gol. Pada 1 September, beliau menjaringkan gol dan membantu dalam kemenangan 4-2 ke atas Nîmes, namun dikeluarkan untuk pertama kali dalam kariernya dengan dilayangkan kad merah ketika masa kecederaan. Mengenai layangan kad merah yang diberi, Mbappé mengatakan kepada wartawan setelah pertandingan, "Jika saya berkesempatan melakukannya sekali lagi, saya akan melakukan hal yang sama. Saya akan meminta maaf kepada penyokong dan semua orang, tetapi saya tidak dapat bertoleransi dengan hal seperti ini." Pada 8 Oktober, Mbappé menjaringkan empat gol dalam masa 13 minit dengan kemenangan 5-0 sendiri ke atas Lyon dan menjadi pemain termuda (19 tahun dan 9 bulan) untuk menjaringkan empat gol dalam satu perlawanan kempen Ligue 1 sepanjang 45 musim lalu. Dalam perlawanan peringkat kumpulan kejohanan Liga Juara-Juara Eropah, Mbappé menjaringkan satu gol ketika Paris Saint-Germain tewas kepada Liverpool F.C. dengan keputusan berakhir 3-2 di stadium Anfield pada 19 September 2018. Pada 3 Disember 2018, Mbappé adalah pemenang sulung Piala Kopa, yang dianugerahkan oleh bola sepak Perancis. Anugerah tersebut khas kepada pemain terbaik dunia di bawah usia 21 tahun.

Pada 19 Januari 2019, Mbappé adalah salah satu daripada dua pemain (yang lain adalah Cavani) menjaringkan hatrik dalam kemenangan besar 9-0 ke atas Guingamp dan sekaligus memecahkan rekod yang ditetapkan oleh Paris Saint-Germain pada musim sebelumnya. Pada 2 Mac 2019, beliau menjaringkan dua gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Caen; gol keduanya dalam pertandingan adalah hasil daripada sepakan penalti dan merupakan gol ke-50 untuk kelab. Pada 12 Mac 2019, beliau menjaringkan gol ke-2 dalam kemenangan 0-4 menentang Dijon FCO di perlawanan tandang. Paris Saint-Germain menamatkan musim sebagai juara Ligue 1 dengan Mbappé memenangi anugerah Pemain Terbaik, serta mengakhiri musim sebagai penjaring terbanyak dengan 33 gol.

2019–20: Kejayaan berterusan

Pada 3 Ogos, Mbappé mencatat kemenangan 2-1 ke atas Rennes untuk merebut gelaran pertamanya musim 2019-20 iaitu Trophée des Champions 2019. Beliau sekali lagi menjadi mencetak gol dalam pertandingan pembukaan musim ini dengan kemenangan 3-0 ke atas Nîmes pada 11 Ogos. Pada 22 Oktober 2019, beliau keluar dari bangku simpanan dan mencetak hatrik yang sempurna dalam kemenangan 5-0 ke atas pasukan Belgium, Club Brugge di kejohanan Liga Juara-Juara Eropah. Pada usia 20 tahun dan 306 hari, beliau menjadi pemain termuda yang pernah menjaringkan sekurang-kurangnya 15 gol dalam pertandingan tersebut menentang Club Brugge.

Rujukan

WikiPedia: Kylian Mbappé http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.leparisien.fr/sports/football/psg/les-b... https://tournament.fifadata.com/documents/FWC/2018... https://uk.soccerway.com/players/kylian-mbappe-lot... https://www.legifrance.gouv.fr/affichTexte.do?cidT... https://www.psg.fr/effectif/kylian-mbappe?season=2... https://web.archive.org/web/20180502051230/https:/... https://web.archive.org/web/20180619164139/https:/... https://www.bbc.co.uk/sport/football/44669497